Thursday, October 8, 2009

Alam sekitar dan Tanggungjawab Bersama

"Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat", memastikan kebersihan dan keindahan alam sekitar merupakan tanggungjawab kita. Hati hendak, semula jadi, kita tidak akan mengotorkan alam sekitar.
Alam sekitar ialah wajah kita sebenarnya. Alam sekitar ialah imej diri kita sendiri. Sekiranya kita menginginkan wajah yang cantik, kita perlu menghias diri kita. Begitu juga dengan alam sekitar; alam yang cantik akan menjadi daya penarik kepada pelancong luar. Keadaan ini secara tidak langsung akan membantu dasar ekonomi negara. Oleh itu, amat wajar sekali, kita mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk memajukan negara.
Bagi menjaga alam sekitar, ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka cinta akan alam sekitar sejak kecil lagi. Ibu bapa juga perlu memupuk rasa cinta akan alam sekitar supaya menjadi contoh kepada anak-anak. Orang tua pula perlu diingatkan supaya menjadi teladan kepada golongan yang lebih muda tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Kita hendaklah berganding bahu dengan kerajaan untuk sama-sama memikirkan cara mencantikkan sungai, cara memulihara laut dan pantai supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang harmoni.
Selain itu, anggota masyarakat harus menjalankan tanggungjawab tentang menjaga alam sekitar, tidak boleh mementingkan diri. Sebaliknya haruslah melapor apa-apa yang terlihat seperti membakar sampah sarap atau membuang sampah di rata tempat kepada pihak berkuasa atau kerajaan. Kerajaan juga harus menguatkuasa undang-undang dan harus mendenda sesiapa yang mencemar alam sekitar.
Menghidu asap beracun, minum air beracun, dan makan makanan beracun akan mempengaruhi kesihatan kita. Oleh itu, kerajaan hendaklah mengadakan kempen tentang langkah-langkah menjaga kebersihan alam sekitar beberapa kali setahun. Kerajaan juga perlu menghantar kakitangan kerajaan untuk membersihkan jalan raya dan memangkas rumput supaya kelihatan alam sekitar indah.
Konklusinya, pihak kerajaan dan anggota masyarakat mesti bersatu padu untuk menjaga alam sekitar.

1 comment:

  1. Hello Kar Poh,

    Selamat menggunakan blog dalam penulisan karangan anda. Lama menanti. Terima kasih kerana tidak menghampakan harapan cikgu.

    ReplyDelete