Thursday, October 8, 2009

Langkah-langkah bagi membentuk keluarga bahagia

Hubungan antara ibu bapa dengan anak ibarat isi dan kuku. Sebuah keluarga yang bahagia dapat terhindar daripada masalah sosial. Oleh itu, keluarga bahagia berkaitan dengan kesejahteraan masyarakat dan negara.
Bagi membentuk keluarga bahagia, kita patut mengeluarkan masa lapang untuk beriadah bersama keluarga kita atau berkelah di luar bandar. Inilah bukan sahaja dapat mencergaskan fikiran kita dan juga dapat mengeratkan kemesraan hubungan ahli keluarga.
Selain itu, ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan tidak sibuk bekerja. Ibu bapa harus timbul perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap anak-anak supaya mereka berasa tidak terabai. Oleh demikian, anak-anak sewajarnya dilayani dengan baik agar mereka tidak berasa kekosongan dan berkongsi pemasalahan dengan ibu bapa.
Langkah yang membentuk keluarga bahagia juga boleh mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kediaman sekeliling rumah. Dengan bergotong-royong, ahli keluarga dapat memupuk sikap tolong-menolong dan bekerjasama. Kerja akan menjadi lebih mudah dan cepat diberaskan. Letih, penat, kepuasan bekerja dapat dirasai bersama-sama.
Di samping itu, ibu bapa wajar melayani anak sebagai seorang teman baik. Hal ini demikian kerana pada usia remaja, jiwa anak-anak suka akan sesuatu yang baru dan perasaan ingin mencuba. Pada waktu ini, ibu bapa perlu lebih prihatin dan bertindak rasional dalam menangani masalah anak-anak. Ibu bapa juga dapat mendidik anak-anak memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
Sebagai kesimpulannya, ibu bapa dan anak-anak dapat memikul tanggungjawab bersama-sama untuk melahirkan keluarga bahagia.

No comments:

Post a Comment